Jun 2017 - Aktiviti 5

  • BERITA RINGKAS 21 Jun ----- Program Infaq Ramadan SPAVOL 2017 Di Kuala Selangor

    KUALA SELANGOR, 20 Jun ----- Pengerusi SPA merangkap Penaung SPAVOL, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah merasmikan Program Infaq Ramadan SPAVOL 2017 yang diadakan di Kampung Assam Jawa, Bukit Rotan, Kuala Selangor, semalam. Program yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk menjalankan kerja-kerja kebajikan dan kesukararelawan dalam membantu masyarakat yang memerlukan terutama menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi. Urus setia SPAVOL telah mengumpul sumbangan daripada pelbagai agensi kerajaan dan badan korporat berupa barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak dan lain-lain lagi untuk diberikan kepada golongan asnaf. Seramai 200 orang terdiri daripada ibu-ibu tunggal sekitar Kuala Selangor telah menerima barangan keperluan tersebut yang telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Turut hadir Setiausaha SPA merangkap Penasihat SPAVOL, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Ketua Pengarah Biro Tatanegara, YBhg. Datuk Haji Ibrahim Saad, Pegawai Daerah Kuala Selangor, Tuan Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor dan Pengerusi PUSPANITA Kuala Selangor Rafidah Jaafar. Maklumat lanjut berkaitan SPAVOL boleh dilayari melalui www.facebook.com/spavol. MediaSPA

Aktiviti5_1

 

Aktiviti5_2

 

Aktiviti5_3

 

Aktiviti5_4

 

Aktiviti5_5