Mei 2012 - Aktiviti 13

  • Majlis Selautan Budi Segunung Ingatan

    BANGI 28 Mei ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengadakan Majlis Selautan Budi Segunung Ingatan yang di adakan di Hotel Equatorial Bangi, pada hari Sabtu lepas. Majlis diadakan sempena meraikan tamat tempoh perkhidmatan Ahli-Ahli Suruhanjaya iaitu YBhg. Datuk Ignatius J. Bantoi, YBhg. Ir. Lee Soon Jin dan YBhg. Tuan Haji Aziz Othman. YBhg. Dato’ Abdul Rahman Husin, Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang menunaikan fungsi Pengerusi SPA telah hadir ke majlis. Turut hadir Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo serta pegawai-pegawai kanan SPA. Hadir sama mantan Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Jamaluddin Haji Ahmad Damanhuri dan YBhg. Puan Sri Hazlin Abdul Karim. Pada akhir majlis, YBhg. Dato’ Abdul Rahman telah menyampaikan cenderamata kepada Ahli-Ahli Suruhanjaya yang diraikan.----- MediaSPA

Aktiviti13

Aktiviti13

Aktiviti13