Mei 2012 - Aktiviti 4

  • Lawatan Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Nepal

    SPA 9 Mei ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah menerima lawatan rasmi daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Nepal. Delegasi seramai 6 orang daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam negara tersebut telah diketuai oleh Ahli SPA Nepal, Hon. Krishna Prasad Pokharel. Ketibaan rombongan telah disambut Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo serta pegawai kanan SPA. Sejurus tamat sesi taklimat yang berlangsung di bilik Mesyuarat Suruhanjaya aras 10, delegasi telah dibawa melawat dewan temu duga di aras 6 dengan diiringi oleh YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo. Terdahulu dari itu, Hon. Krishna Prasad Pokharel telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Dato’ Abdul Rahman Husin, Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (Menunaikan fungsi Pengerusi SPA mengikut Perkara 142(3A) Perlembagaan Persekutuan).------- MediaSPA

Aktiviti4

Aktiviti4