Mei 2013 - Aktiviti 15

  • "Kekalkan Hubungan Baik Antara Warga S.P.A Dan Pelanggan" --- Tan Sri Mahmood Adam

    SPA 29 Mei ---- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini mengingatkan agar hubungan baik antara warga S.P.A. terus dijaga “ Sama-samalah kita menjaga hubungan baik antara kita (warga S.P.A), hormatilah ketua kita, berbincang bersama-sama agar setiap apa yang hendak kita lakukan tidak disalah sangka oleh pihak-pihak lain”. Beliau juga mengingatkan supaya jangan membiarkan deringan telefon di pejabat melebihi tiga kali. “Panggilan telefon yang dibuat mesti ada perkara penting, beritahulah kepada pelanggan kita perkara yang sebenar agar S.P.A tidak dipandang serong oleh orang luar ”. Beliau berkata demikian di Majlis Minum Pagi Bahagian Bersama Pengerusi S.P.A di Anjung Ilham. Turut hadir Setiausaha Bahagian Peperiksaan Puan Faidzah Arshad, Setiausaha Bahagian Naik Pangkat Dan Tatatertib, Puan Salmah Idris dan Setiausaha Bahagian Urus Setia Mesyuarat, Encik Shafarin Nasuredin ----- MediaSPA

Aktiviti6

 

Aktiviti6

 

Aktiviti6