November 2019 - Aktiviti 1

  • Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Dengan Kementerian, Jabatan Dan Pentadbiran Negeri Di Bawah Bidang Kuasa SPA Tahun 2019

     

    Pada 5 November 2019 (Selasa), bertempat di Hotel The Puteri Pacific, Johor Bahru, Johor telah berlangsung Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dengan Kementerian, Jabatan dan Pentadbiran Negeri di Bawah Bidang Kuasa SPA Tahun 2019 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Zainal Rahim bin Seman, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

    Mesyuarat turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Mohd Khairul Adib bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Dato’ Mohd Sallehuddin bin Hassan, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan YBhg. Datuk Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan. Mesyuarat juga disertai oleh 213 orang pegawai yang mewakili 93 Kementerian/Jabatan/Agensi dan Pentadbiran Negeri.

    Objektif penganjuran mesyuarat tersebut adalah untuk menyelaras isu-isu berkaitan urusan pengambilan, perkhidmatan, naik pangkat dan tatatertib bersama semua wakil Kementerian/Jabatan/Agensi dan Pentadbiran Negeri yang berada di bawah bidang kuasa SPA.

    Pada mesyuarat tersebut, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim bin Seman turut menyempurnakan pelancaran Buku Tatacara Tindakan Tatatertib. Penerbitan buku tersebut adalah sebagai panduan kepada Pengurus Sumber Manusia di Kementerian/Jabatan/Agensi dan Pentadbiran Negeri dalam menguruskan urusan tindakan tatatertib. Sebanyak empat (4) kertas kerja telah dibentangkan seperti berikut:

    i. Rang Undang–Undang Perkhidmatan Awam oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA);

    ii. Tahap Integriti Penjawat Awam dan Langkah Penyelesaian oleh Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC);

    iii. Pengurusan Perkhidmatan Pegawai Perubatan Siswazah: Perkongsian Pengalaman Pelaksanaan Di Kementerian Kesihatan Malaysia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); dan

    iv. Pemerhatian Lembaga Rayuan Tatatertib Berkaitan Tindakan Tatatertib Berdasarkan Kes-Kes Rayuan oleh SPA.

    Semoga dengan penganjuran mesyuarat ini, akan menjadi platform antara pihak SPA dengan semua Kementerian/Jabatan/Agensi dan PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI dalam menyelaras isu-isu berkaitan, sekali gus membantu merealisasikan ekspetasi Kerajaan untuk meningkatkan budaya kerja berprestasi tinggi.

Aktiviti1_1

 

Aktiviti1_2

 

Aktiviti1_3

 

Aktiviti1_4

 

Aktiviti1_5

 

Aktiviti1_6

 

Aktiviti1_7