Ogos 2013 - Aktiviti 5

  • "PASPA Harus Bersaing Dengan Kelab-Kelab Lain" ---- Datuk Ramli Juhari

    SPA 21 Ogos ------ Penaung Persatuan Anggota-Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PASPA), YBhg. Datuk Ramli Juhari berkata, PASPA harus bersaing dengan kelab lain seperti Kelab Bola Sepak S.PA dan Kelab Badminton S.P.A. "Ini merupakan satu persaingan yang sihat dengan adanya beberapa kelab lain di S.P.A". Beliau turut mengulas bahawa PASPA telah pun terkenal terutama di Jabatan Perdana Menteri dengan penyertaan dalam pertandingan-pertandingan terutamanya bidang sukan yang dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri dengan memenangi banyak acara-acara sukan serta anugerah kecemerlangan. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung PASPA yang diadakan hari ini. Katanya lagi, YDP baharu yang dilantik haruslah calon yang aktif disamping menjalankan tugas-tugas hakiki. Sementara itu, Encik Mohd Fairuz Azmi telah terpilih dalam pertandingan untuk jawatan Yang Dipertua PASPA bagi sesi 2013/2014. Mesyuarat yang dihadiri lebih 200 warga S.P.A telah diadakan di dewan Temu Duga Aras 6 ----- MediaSPA

Aktiviti5

 

Aktiviti5

 

Aktiviti5

 

Aktiviti5

 

Aktiviti5

 

Aktiviti5