Ogos 2013 - Aktiviti 8

  • S.P.A Akan Turun Beri Penjelasan Kepada Pegawai Baru ---- Tan Sri Mahmood Adam

    PORT DICKSON 23 Ogos ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) akan memberi penjelasan kepada pegawai-pegawai baru yang dilantik oleh S.P.A terutama mengenai peranan, tugas dan fungsi S.P.A. "S.P.A akan turun padang untuk berjumpa dengan pegawai-pegawai baru dalam kursus induksi, menjelaskan kepada tuan-tuan dan puan-puan bagaimana dipilih dalam sesuatu jawatan dan menjelaskan bidang kuasa S.P.A" beliau berkata demikian ketika hadir ke Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) Port Dickson, Negeri Sembilan sempena Kursus Induksi Penolong Penguasa Imigresen Gred KP27 semalam. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Imigresen, Puan Aloyah Mamat. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam juga mengumumkan ini adalah merupakan Transformasi SPA yang ke-56 dengan turun memberi penjelasan kepada pegawai-pegawai baru yang dilantik oleh S.P.A. Beliau juga mencadangkan agar peserta-peserta ini dapat disahkan perkhidmatan dalam tempoh (6) enam bulan. Pada masa sekarang pengesahan jawatan untuk penjawat awam adalah dari 1 hingga 3 tahun mengikut syarat-syarat yang ditentukan, termasuklah lulus dalam peperiksaan. ---- MediaSPA

Aktiviti8

 

Aktiviti8

 

Aktiviti8

 

Aktiviti8