Oktober 2012 - Aktiviti 2

  • Ketua Setiausaha Negara Merasmikan Penutupan Persidangan SPA ke - 15

    IPOH 4 Oktober ----- Ketua Setiauaha Negara YBhg. Dato' Sri Dr. Ali Hamsa telah menyempurnakan Majlis Penutupan Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ke 15. Ketibaan Ketua Setiausaha Negara di Impiana Hotel, Ipoh Perak telah disambut oleh Pengerusi SPA YBhg. Tan Sri Mahmood Adam dan Setiausaha SPA YBhg. Datuk Ramli Juhari. Terdahulu dari itu, satu perbincangan di antara beliau bersama peserta-peserta Persidangan telah diadakan di tempat yang sama. Pada sebelah petang pula, Ketua Setiausaha Negara telah meluangkan masa dengan melawat Program Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam anjuran SPA yang diadakan di Foyer Bangunan Persekutuan Ipoh, Perak diiringi oleh Setiausaha SPA YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan SPA. Ketua Setiausaha Negara juga telah melawat ke tapak pameran yang disertai oleh pelbagai agensi kerajaan dan kaunter-kaunter perkhidmatan yang disediakan dan beramah mesra bersama pengunjung yang hadir. ----- MediaSPA

Aktiviti2

 

Aktiviti2

 

Aktiviti2

 

Aktiviti2

 

Aktiviti2

 

Aktiviti2

 

Aktiviti2

 

Aktiviti2

 

Aktiviti2

 

Aktiviti2