Oktober 2013 - Aktiviti 15

  • Mesyuarat SPKP Di Kuching Sarawak


    KUCHING 31 Okt----Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-122 di Kuching, Sarawak. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi S.P.A, yang juga merupakan Pengerusi SPKP, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Mesyuarat dihadiri oleh Ahli-Ahli SPKP iaitu YBhg. Peguam Negara Malaysia, YAA Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia, YAA Hakim Besar Malaya, YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak, YA Hakim Mahkamah Rayuan serta dua orang YA Hakim Mahkamah Tinggi. Mesyuarat turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Ramli Juhari, Setiausaha SPKP, Jemaah Pegawai SPKP iaitu YBhg. Peguam Cara Negara dan YBhg. Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan serta pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Suruhanjaya telah menimbang dan membuat keputusan bagi urusan Pelantikan, Kenaikan Pangkat, Pemangkuan, Penamatan Pemangkuan Pegawai Undang-Undang termasuk perkara-perkara dasar berkaitan perkhidmatan kehakiman dan perundangan. Selain itu, kertas pertimbangan Suruhanjaya secara edaran dan urusan pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen serta penetapan gaji permulaan oleh Jemaah Pegawai SPKP telah diratifikasikan Suruhanjaya -----MediaSPA.

Aktiviti14

Aktiviti14

Aktiviti14