Oktober 2013 - Aktiviti 2

  • S.P.A Menang Dua Anugerah Kecemerlangan JPM 2013


    PUTRAJAYA 1 Oktober ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) telah memperoleh dua (2) anugerah Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri 2013 dalam Kategori Pencapaian Terbaik Sukan dan Sosial. Anugerah telah diperolehi melalui sukan badminton yang dimenangi oleh Mohd Razif Abd Latif yang mewakili Malaysia dalam Sukan Universiti Asean dan memenangi pingat emas dalam acara bergu lelaki dan bergu campuran serta pingat perak dalam acara berpasukan lelaki. Kategori ke dua yang dimenangi oleh S.P.A ialah anugerah pasukan terbaik Jabatan Perdana Menteri iaitu pasukan bola sepak S.P.A yang merupakan pasukan pertama layak ke peringkat tertinggi bola sepak Negara. Kedua-dua mereka telah menerima Piala Pusingan, Sijil dan wang tunai. Majlis dihadiri Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin. Turut hadir Ketua Setiausaha Negara YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa. Hadir sama Setiausaha S.P.A YBhg. Datuk Ramli Juhari. Majlis yang berakhir sebentar tadi telah diadakan di Hotel Marriot Putrajaya ----- MediaSPA

Aktiviti2

Aktiviti2

Aktiviti2

Aktiviti2

Aktiviti2

Aktiviti2

Aktiviti2