Oktober 2013 - Aktiviti 6

  • Lawatan Rasmi Peserta Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Ke 16


    MELAKA 9 Oktober ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini bersama peserta Persidangan Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah membuat lawatan kerja ke Akademi Laut Malaysia (ALAM) di Kuala Sungai Baru, Melaka. Turut sama dalam lawatan kerja itu ialah Ahli-Ahli Suruhanjaya serta Pengerusi-pengerusi S.P.A Negeri. Taklimat mengenai ALAM telah disampaikan oleh Encik David Fredrick. Pengerusi S.P.A bersama rombongan juga turut dibawa melawat sekitar kawasan ALAM dan ke Pusat Simulator Akademi Laut Malaysia. Selesai sesi lawatan kerja di akademi tersebut, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam bersama delegasi telah membuat lawatan ke Karnival Kerjaya S.P.A yang diadakan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Jalan Hang Tuah, Melaka. Karnival kerjaya Perkhidmatan Awam yang diadakan adalah bersempena Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ke 16. Pengerusi S.P.A bersama Ahli-Ahli Suruhanjaya turut melawat booth pameran dan menyampaikan cenderamata kepada setiap kementerian/jabatan yang turut serta sebagai tanda kenangan ----- MediaSPA

Aktiviti6

Aktiviti6

Aktiviti6

Aktiviti6

Aktiviti6