September 2013 - Aktiviti 2

  • SPA Berjaya Mengekalkan Pensijilan MS ISO 9001:2008

    SPA 3 September ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah berjaya megekalkan Sijil MS ISO 9001:2008 dalamAudit pematuhan MS ISO 9001:2008 oleh Syarikat Intertek Certification International Sdn. Bhd (dahulunya dikenali sebagai Moody International Certification (Malaysia) Sdn. Bhd.) yang dijalankan pada 2 dan 3 September 2013 di SPA Putrajaya, Urus Setia SPA Cawangan Sabah dan Urus Setia SPA Cawangan Sarawak. Berita baik tersebut telah diumumkan oleh YBhg. Dato’ A.Aziz Mat iaitu Ahli Lembaga Pensijilan Syarikat Interlek Certification International Sdn.Bhd dalam satu Mesyuarat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Suruhanjaya semalam. Turut hadir Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia serta pegawai-pegawai kanan S.P.A. Sijil MS ISO 9001:2008 ini adalah meliputi Urusan Pengambilan, Urusan Perkhidmatan serta Khidmat Pengurusan dan Kepuasan Pelanggan. Dalam ucapan ringkas yang disampaikan oleh Datuk Ramli Juhari, beliau berterima kasih kepada warga SPA yang menjalankan tugas dengan sempurna sehingga berjaya memperoleh sijil tersebut. Beliau juga berharap supaya warga SPA akan terus menjalankan tugas-tugas dengan lebih cemerlang. ----- MediaSPA

Aktiviti2

 

Aktiviti2

 

Aktiviti2