September 2015 - Aktiviti 7

  • BERITA RINGKAS 9 Sept ----- Dato' Seri Arpah Abdul Razak Pengerusikan Mesyuarat SPKP Ke - 127

    KUCHING 8 Sept ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan mesyuaratnya yang ke-127 di Pullman Hotel, Kuching, Sarawak semalam. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi SPKP, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak. Turut hadir Ahli-Ahli SPKP iaitu YBhg Peguam Cara Negara,Yang Amat Arif Presiden Mahkamah Rayuan, Yang Amat Arif Hakim Besar Malaya, Yang Amat Arif Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Yang Arif Hakim Mahkamah Persekutuan, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi dan Setiausaha SPKP, Puan Lim Mooi Eia. Hadir sama Timbalan Peguam Cara Negara I dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pelantikan, pemangkuan, kenaikan pangkat, surcaj dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. ----- SPKP/MediaSPA

Aktiviti7_1

 

Aktiviti7_2

 

Aktiviti7_3

 

Aktiviti7_4

 

Aktiviti7_5

 

Aktiviti7_6