September 2016 - Aktiviti 4

  • BERITA RINGKAS 26 Sept ----- Lawatan Kerja Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Singapura Ke SPA Malaysia

    PUTRAJAYA 26 September ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah menerima kunjungan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Singapura. Delegasi seramai 17 orang telah diketuai oleh Mr Eddie Teo, Pengerusi SPA Singapura diiringi oleh HE Mr Vanu Gopala Menon, Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur, Ahli-Ahli Suruhanjaya SPA Singapura dan pegawai-pegawai kanan SPA Singapura. Taklimat mengenai SPA telah disampaikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Lawatan pada hari ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Zainal Abidin Ahmad, Setiausaha SPA, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Timbalan-Timbalan Setiausaha dan Setiausaha Bahagian SPA Malaysia. MediaSPA

Aktiviti4_1

 

Aktiviti4_2

 

Aktiviti4_3

 

Aktiviti4_4

 

Aktiviti4_5