September 2016 - Aktiviti 7

  • BERITA RINGKAS 28 Sept ----- Tan Sri Arpah Pengerusikan Mesyuarat Bersama Pengurus Sumber Manusia

    IPOH 28 September ----- Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak hari ini telah merasmikan Pusat Temu Duga SPA Ipoh. Pusat Temu Duga yang terletak di Bangunan UTC Perak adalah merupakan pemindahan dari Pusat Temu Duga sebelum ini iaitu di Bangunan Pusat Perdagangan Greentown, Ipoh, Perak. Dalam ucapan perasmian, YBhg. Tan Sri Arpah berkata pemindahan Pusat Temu Duga SPA ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) adalah merupakan langkah strategik SPA kerana dapat melaksanakan penjimatan kos sewaan dan bagi tujuan memudahkan penyediaan perkhidmatan selaras dengan dasar penjimatan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan, selain memberi kemudahan dan keselesaan kepada calon-calon yang menghadiri temu duga atau berurusan dengan SPA khususnya anak-anak Negeri Perak dan masyarakat sekitarnya. Turut hadir Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Pengerusi SPA Negeri Perak, YBhg. Dato’ Haji Jamri Suri. YBhg. Tan Sri Arpah juga turut meluangkan masa berjumpa dengan peserta bengkel pembinaan item yang dijalankan di Bangunan UTC. MediaSPA

Aktiviti7_1

 

Aktiviti7_2

 

Aktiviti7_3

 

Aktiviti7_4

 

Aktiviti7_5