September 2016 - Aktiviti 8

  • BERITA RINGKAS 30 Sept ----- Karnival Kerjaya SPA di Ipoh

    IPOH 29 September ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mengadakan Karnival Kerjaya dan Outreach SPA 2016 yang diadakan di Dewan Bandaran Ipoh, Perak, semalam. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Yang turut hadir, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak, Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Haji Jamri Suri, Pengerusi SPA Negeri Perak, YBhg. Dato' Zainal Abidin Ahmad, Setiausaha SPA dan Ahli-Ahli Suruhanjaya. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah penyerahan surat tawaran lantikan, pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen, pemeriksaan kesihatan dan kempen derma darah. Satu sesi taklimat kerjaya dan panduan menghadiri temu duga turut diadakan sejurus selepas majlis perasmian. Selain itu, SPA turut membuka kaunter permohonan jawatan secara online dan kaunter khidmat nasihat mengenai peluang pekerjaan dalam sektor awam kepada orang ramai yang hadir. MediaSPA

Aktiviti8_1

 

Aktiviti8_2

 

Aktiviti8_3

 

Aktiviti8_4

 

Aktiviti8_5

 

Aktiviti8_6