Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i)

  • BORANG PENDAFTARAN PEKERJAAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM (SPA8i)

    1. Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i)
      a. Pemohon adalah dinasihatkan untuk merujuk terlebih dahulu maklumat Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas dan Panduan Pengguna SPA8i sebelum mengemukakan permohonan dalam SPA8i.
      b. Pendaftaran pekerjaan melalui SPA8i hanya terhad kepada permohonan pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan serta Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis di mana kuasa pelantikan adalah terletak di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
      c. Pautan untuk mendaftarkan pekerjaan dalam perkhidmatan awam:
         Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) - Server 1
        (Sila menggunakan komputer riba/ komputer untuk log masuk ke SPA8i melalui pelayar/ browser Google Chrome/ Internet Explorer 10 ke atas)
         
    2. Pengumuman Penting
      a. Daftar Akaun Baharu dan Lupa Kata Laluan
        i. Mulai 1 Julai 2016, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah menambah baik Daftar Akaun Baharu dan Lupa Kata Laluan melalui integrasi maklumat dengan Jabatan Pendaftaran Negara.
        ii. Bagi pemohon yang pertama kali mendaftarkan akaun baharu, pemohon adalah dikehendaki mengisi Nombor Kad Pengenalan dan Nama Penuh (seperti dalam Kad Pengenalan). Maklumat ini akan dihantar ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk semakan terlebih dahulu sebelum Log Masuk MyID. Bagi tujuan log masuk, MyID adalah nombor kad pengenalan pemohon dan kata laluan adalah seperti yang didaftarkan oleh pemohon.
        iii. Bagi pemohon yang pernah berdaftar dalam SPA8i dan terlupa kata laluan, pemohon adalah dikehendaki mengisi semula maklumat asas dan maklumat soalan keselamatan (nama ibu pemohon dan negeri lahir pemohon/ alamat seperti dalam kad pengenalan pemohon) untuk tujuan set semula kata laluan.
         
      b. Pendaftaran pekerjaan dalam SPA8i
        i. Pemohon hanya dibenarkan mendaftarkan maksimum sehingga 15 jawatan sahaja (termasuk latihan separa perubatan);
        ii. Tempoh sah laku pendaftaran pemohon adalah selama satu (1) tahun daripada tarikh pendaftaran;
        iii. Pendaftaran pekerjaan adalah tertakluk kepada Dasar One Step Lower iaitu
          a. Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.
          b. Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik sahaja.
          c. Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik, SPM/SVM dan Latihan Separa Perubatan.
         
        iv. Pendaftaran pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di Perkara 2(b)(i) dan 2(b)(iii) di atas akan terbatal dan pemohon dikehendaki untuk mengemas kini semula permohonan dalam SPA8i.
        v. Pemohon juga dikehendaki untuk memastikan alamat emel yang didaftarkan dalam SPA8i adalah tepat serta sentiasa menyemak folder Spam Mail/ Junk Mail dalam emel bagi mengelakkan kegagalan menerima emel pemakluman mengenai panggilan peperiksaan/ temu duga dan sebagainya. Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk menyemak dari semasa ke semasa segala pemakluman terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melalui emel yang didaftarkan dalam SPA8i, Portal Rasmi SPA dan Facebook Rasmi SPA.