Disember 2013 - Aktiviti 5

  • Program Mesra Pelanggan Di Tatau Sarawak  
       
    TATAU 8 Dis ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A), Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan MAMPU telah menganjurkan Program Mesra Pelanggan bersama YB Datuk Joseph Entulu anak Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 8 Disember 2013 yang diadakan di Dewan Sukan Tatau Bintulu, Sarawak. Majlis turut dihadiri Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato’ R. Segarajah dan Ahli-Ahli Suruhanjaya iaitu Datu Haji Mohammad Sepuan Bin Anu dan Encik Isaka Kana. YB Menteri juga turut menyampaikan Surat Tawaran Lantikan kepada calon-calon Sarawak yang berjaya dilantik ke jawatan Jururawat Gred U29 bagi urusan temu duga yang dibuat pada bulan November 2013 yang lalu. ----- MediaSPA
Aktiviti 5

Aktiviti 5

Aktiviti 5

Aktiviti 5

Aktiviti 5