Disember 2014 - Aktiviti 4

  • BERITA RINGKAS 4 Dis ----- "7.7 juta pelanggan mendapat manfaat hasil dari transformasi S.P.A" --- Tan Sri Mahmood Adam

    PUTRAJAYA 4 Dis ----- Pengerusi S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam berkata, seramai 7.7 juta pelanggan telah mendapat manfaat hasil dari transformasi yang dilaksanakan oleh S.P.A pada tahun ini sehingga November 2014. Belau berkata demikian ketika membentangkan laporan “Report Kad” S.P.A kepada YB. Menteri di majlis Perhimpunan Khas Pencapaian Prestasi Dan Transformasi S.P.A Tahun 2014 di Putrajaya pagi tadi. Hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Joseph Entulu anak Belaun, Pengerusi S.P.P Datuk Dr.Halil Dolhan, Timbalan Pengerusi S.P.A Dato’ R. Segarajah, Pengerusi-Pengerusi S.P.A Negeri, Ahli-Ahli Suruhanjaya serta wakil-wakil Jabatan serta NGO. Dimajlis yang sama juga upacara menandatangani surat perjanjian pelaksanaan peperiksaan secara dalam talian antara S.P.A dengan JARING Communications dan Novatis Recourses Sdn.Bhd serta penyampaian sijil penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas sumbangan dalam menjayakan produk 1 Malaysia Transformasi S.P.A pada tahun 2014 ----- MediaSPA

Aktiviti4

 

Aktiviti4

 

Aktiviti4

 

Aktiviti4

 

Aktiviti4

 

Aktiviti4