Disember 2016 - Aktiviti 4

  • BERITA RINGKAS 05 Disember ----- Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Kali Ke -131

    BANGI, 02 Disember ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan Mesyuaratnya yang ke-131 pada 2 Disember 2016 di Institut Latihan Kehakiman Dan Perundangan (ILKAP). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak, Pengerusi SPKP dan turut dihadiri oleh Ahli-Ahli SPKP iaitu YBhg. Peguam Negara, Yang Amat Arif Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia, Yang Amat Arif Hakim Besar Malaya, Yang Arif Hakim Mahkamah Persekutuan, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi dan Peguan Cara Negara II. Turut hadir mesyuarat berkenaan Setiausaha SPKP, YBhg. Dato' Zainal Abidin Ahmad, Ketua Pendaftar dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pelantikan, kenaikan pangkat, tatatertib, surcaj dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. MediaSPA

Aktiviti4_1

 

Aktiviti4_2

 

Aktiviti4_3

 

Aktiviti4_4

 

Aktiviti4_5

 

Aktiviti4_6