Februari 2012 - Aktiviti 1

  • "2012, SPA Lebih Maju, Cemerlang Dan Terbilang" ---- YBhg. Dato' Lamien Sawiyo

    SPA 1 Februari ----- Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo mengucapkan tahniah kepada Warga SPA atas kejayaan dan kerjasama semua pihak dalam meningkatkan kualiti dan produktiviti diri dan juga organisasi. Beliau berkata demikian dalam ucapan perhimpunan bulanan SPA, anjuran Bahagian Pengambilan semalam. Dalam ucapan itu juga, beliau telah mengimbau kejayaan-kejayaan SPA sepanjang tahun 2011. Sementara itu, dalam tahun 2012 ini beliau ingin melaksanakan beberapa perkara yang telah dikenal pasti antaranya, beliau mahukan peranan PSU (Penolong Setiausaha) agar dapat menjadi Project Manager bagi tugas yang diamanahkan, ”Saya nak supaya PSU mengetahui tugasan dari A sampai Z dan tidak semata-mata bergantung kepada pihak-pihak lain umpamanya CC (ketua kerani) atau pun PT (Pembantu Tadbir) dan sebagainya.” Beliau juga telah menyentuh mengenai ruling SPA supaya dibuat kajian mengikut kesesuaian pada masa sekarang. Beliau turut menyatakan hasrat beliau agar Portal SPA mencapai taraf "Top 10" pada tahun ini. Terdahulu dari itu, beliau juga mahukan supaya SPA bertanding dalam Anugerah Inovasi kepada projek-projek yang telah SPA bangunkan. Di akhir ucapan, YBhg. Dato’ Lamien mengajak Warga SPA bersama-sama beliau untuk melaksanakan projek-projek 2012 supaya SPA terus maju, cemerlang dan terbilang. ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1