Januari 2013 - Aktiviti 6

  • Liga Perdana 2013 - SPA Putrajaya FC Tewaskan Perlis

    MELAKA 11 Januari ----- SPA Putrajaya FC tundukkan Perlis dengan jaringan 4 - 2 dalam perlawanan bola sepak Liga Perdana yang berlangsung di Stadium Hang Tuah, Melaka petang tadi. SPA yang memperoleh jaringan seawal minit ke-2 melalui Fadzly Iskandar diikuti dengan jaringan oleh Sazali Suwandi pada separuh masa kedua melalui tendangan percuma dari jarak 25 meter ke gawang pasukan lawan. Khairol Azry menambah derita Perlis dengan menjaringkan gol ketiga lima minit selepas itu dan sekali lagi Khairol Azry menjaringkan gol kedua peribadi pada minit ke 73. Perlis memperolehi jaringan melalui Mohd Alimi Fahami dan pemain import Antawi Dennis Thauhid. Turut hadir menyaksikan perlawanan, Presiden S.P.A PUTRAJAYA FC, Datuk Ramli Juhari. S.P.A PUTRAJAYA FC akan bertemu dengan Pasukan Sarawak pada Hari Isnin depan di Stadium yang sama----- MediaSPA

Aktiviti6

Aktiviti6

Aktiviti6

Aktiviti6

Aktiviti6

Aktiviti6

Aktiviti6

Aktiviti6

Aktiviti6