Januari 2017 - Aktiviti 5

  • BERITA RINGKAS 24 Januari ----- Mesyuarat Meningkatkan Pengambilan Orang Kurang Upaya

    PUTRAJAYA, 24 Januari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah mengadakan mesyuarat dan sesi perbincangan bertujuan untuk meningkatkan pengambilan penjawat awam daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) di pelbagai Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad. Hadir sama Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) SPA, Puan Salmah Idris dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan) SPA, Tuan Haji Abdullah Tahir. Mesyuarat turut dihadiri Ahli Dewan Negara (mewakili OKU) YB. Senator Bathmavathi a/p Krishnan, pegawai-pegawai daripada Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (Jobs Malaysia), Pertubuhan Keselamatan Sosial dan Persatuan OKU. MediaSPA

Aktiviti5_1