Julai 2013 - Aktiviti 14

  • Perjumpaan Tan Sri Mahmood Adam Bersama Razif Sidek

    SPA 16 Julai ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan perjumpaan bersama jurulatih yang juga Juara Badminton Piala Thomas 1992, Razif Sidek. Perjumpaan sejam yang diadakan di bilik Mesyuarat Pengerusi itu adalah bertujuan untuk memperkenalkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melalui sukan badminton. " Dengan badminton, ia juga boleh mempromosi S.P.A seperti pasukan bola sepak SPA Putrajaya FC, yang kini dalam saingan Liga Perdana" katanya. YBhg.Tan Sri Mahmood Adam juga menyatakan bahawa penjawat awam kini digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti luar terutama sukan. Turut hadir Timbalan Presiden Kelab Badminton S.P.A Encik Mohd. Shamshul Kamar Ahmad. -----MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1