Julai 2013 - Aktiviti 24

  • Tan Sri Mahmood Adam Sampaikan Jersi Rasmi Kejohanan Badminton Dunia


    SPA 31 Julai ------- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah menyampaikan jersi rasmi S.P.A kepada pemain Badminton Kebangsaan, Mohd. Zakri Latif yang akan menyertai Kejohanan Badminton Dunia di Guangzhou, China dari 5 hingga 11 Ogos depan. Mohd Zakri akan menyarung jersi yang tertera nama "SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM" dan menjadi pakaian rasmi beliau sepanjang kejohanan tersebut. Dalam majlis ringkas yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pengerusi sebentar tadi, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Mohd. Zakri dan menasihati beliau agar menjaga displin dan nama baik negara. Mohd. Zakri akan ke Guangzhou pada Jumaat ini dan akan ditemani jurulatih Razif Sidek. -----MediaSPA.

Aktiviti24