Jun 2012 - Aktiviti 5

  • Majlis Interaksi Pengerusi SPA Bersama Kementerian, Jabatan Dan Pentadbiran Negeri Di Bawah Bidang Kuasa SPA

    PUTRAJAYA, 11 Jun ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengadakan satu Majlis Interaksi Pengerusi SPA bersama Kementerian, Jabatan dan Pentadbiran Negeri dibawah bidang kuasa SPA di Pusat Konvensyen Antarabangsa PICC, Putrajaya, Jumaat lepas. Wakil dari Kementerian dan Jabatan yang hadir telah mengemukakan pelbagai soalan dan masalah yang dijawab oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Hadir sama, Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato’ Segarajah Ratnalingam, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan SPA. Terdahulu dari itu, Pengerusi SPA dalam ucapan aluannya, mengucapkan terima kasih kepada wakil dari Kementerian dan Jabatan kerana telah menyambut baik Majlis Interaksi yang diadakan oleh SPA. YBhg. Tan Sri Mahmood juga bersetuju untuk mengadakan dialog seperti ini lebih kerap lagi supaya pelbagai masalah yang timbul di antara SPA, Kementerian, Jabatan dan Pentadbiran Negeri di bawah bidang kuasa SPA dapat diselesaikan dengan lebih mudah dan cepat. Sejurus selepas majlis selesai, Pengerusi SPA telah mengadakan sidang media sempena majlis tersebut di tempat yang sama.---- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1