Jun 2012 - Aktiviti 9

  • Pelbagai Pembaharuan Akan Dilaksanakan SPA - Tan Sri Mahmood Adam

    BINTULU 15 Jun ------ Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood bin Adam berkata kini SPA telah membuat beberapa penambahbaikan dan pembaharuan dalam melaksanakan urusan-urusan pengambilan dan lantikan pegawai awam. Beliau berkata demikian dalam satu Majlis Interaksi dengan Jabatan-Jabatan Persekutuan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan di Bintulu, Sarawak petang semalam. Hadir sama, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo dan Setiausaha Bahagian Urus Setia Cawangan Sarawak, Encik Mohd Saiful Sungkih bin Abdullah. Di antara pembaharuan yang dilaksanakan SPA adalah calon boleh memohon untuk ditemu duga pada waktu malam, boleh mengisi permohonan lebih dari 5 jawatan ataupun seseorang calon yang mempunyai kelayakan Ijazah, boleh memohon jawatan kerani atau Pembantu Tadbir ”Inilah transformasi yang dibuat oleh SPA, dan SPA boleh memperoleh penjawat awam yang berkualiti”. Tambahnya lagi, “itulah harapan dan antara produk-produk baru kita (SPA) kepada masyarakat” ------ MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1