Jun 2013 - Aktiviti 17

  • Tan Sri Mahmood Adam Lancarkan Buku "Produk 1 Malaysia Transformasi S.P.A"  
       
    PA 25 Jun ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah melancarkan buku "Produk 1 Malaysia Trasformasi S.P.A" sempena genap satu tahun perkhidmatan beliau di S.P.A. Buku ini memaparkan produk dan statistik pencapaian S.P.A hasil daripada transformasi-transformasi yang telah dilaksanakan. Ianya akan dicetak dan diedarkan kepada warga S.P.A, orang ramai dan turut akan dipaparkan di dalam Portal S.P.A. Terdahulu dalam ucapan beliau, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam berkata, transformasi yang dilaksanakan ini adalah merupakan kerjasama daripada warga S.P.A dan ia telah berjaya dilaksanakan serta dihayati bersama. Beliau juga mahu warga S.P.A menambah/berkongsi ilmu pengetahuan melalui seminar-seminar atau taklimat anjuran S.P.A. Beliau berkata demikian di Majlis Perhimpunan Bulanan anjuran Bahagian Peperiksaan yang bertemakan "Setahun Transformasi Bersama Pengerusi S.P.A". Turut hadir Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Encik Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia pegawai-pegawai kanan dan Warga S.P.A.----- MediaSPA
Aktiviti 17

Aktiviti 17

Aktiviti 17

Aktiviti 17

Aktiviti 17