Jun 2013 - Aktiviti 8

  • MESYUARAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN KE-121 PADA 13 JUN 2013 DI KOTA KINABALU,SABAH  
       
    Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-121 pada 13 JUN 2013 di Kota Kinabalu, Sabah.Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Bin Adam, Pengerusi SPKP dan dihadiri Ahli-Ahli SPKP iaitu YBhg. Peguam Negara Malaysia,YAA Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia,YAA Hakim Besar Malaya, YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak, YA Hakim Mahkamah Rayuan serta dua orang YA Hakim Mahkamah Tinggi. Mesyuarat yang turut dihadiri YBhg. Datuk Ramli Juhari, Setiausaha SPKP, Jemaah Pegawai SPKP iaitu YBhg. Peguam Cara Negara, YBhg. Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP itu telah menimbang dan membuat keputusan bagi 19 kertas melibatkan urusan Pelantikan,Kenaikan Pangkat, Pemangkuan dan Tindakan Tatatertib. Selain itu, sebanyak 45 kertas pertimbangan Suruhanjaya secara edaran dan urusan pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen serta penetapan gaji permulaan oleh Jemaah Pegawai SPKP telah diratifikasikan Suruhanjaya.
Aktiviti 8

Aktiviti 8

Aktiviti 8

Aktiviti 8

Aktiviti 8

Aktiviti 8