Mac 2012 - Aktiviti 3

  • Perasmian Pusat Temu Duga Di Sibu, Sarawak

    SIBU 15 Mac ----- Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo hari ini telah merasmikan Pusat Temu Duga SPA di Sibu, Sarawak. Hadir sama ke majlis itu ialah Residen Bahagian Sibu, YB. Sim Kok Kee, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha SPA (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia serta Ketua- Ketua Jabatan Persekutuan Sibu dan Ketua-Ketua Jabatan Negeri Sarawak. Pusat temu duga yang mempunyai tiga bilik untuk urusan temu duga dilengkapkan dengan komputer bagi memudahkan orang ramai untuk mengemukakan permohonan kepada SPA secara online. Sebelum itu, Setiausaha Bahagian Urus Setia SPA Cawangan Sarawak, Encik Saiful Sungkih Abdullah telah bersiaran di Sibu fm (RTM), untuk wawancara khas sempena perasmian pusat temu duga tersebut di samping memperkenalkan SPA kepada orang Sarawak ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1