Mac 2012 - Aktiviti 9

  • SPA Bersama Melaka fm

    Melaka 21 Mac ----- Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas, Encik Mohd Shaiful bin Ibrahim telah diwawancara oleh Radio Melaka fm (RTM), sempena perasmian pusat temu duga SPA di Melaka, semalam. Rancangan yang dinamakan ”Bicara Agensi” telah dikendalikan oleh DJ Mohd Rahim Luwi. Siaran yang ke udara selama 30 minit itu antaranya menyentuh mengenai fungsi dan peranan SPA serta mempromosikan pusat temu duga SPA di Melaka. Sebelum itu, pusat temu duga SPA yang berada di Lot 45, Tingkat 15, Jaya 99, Jalan Tun Sri Lanang telah disempurnakan perasmiannya oleh YBhg. Dato’ Abd Rahman Husin pada 19 Mac 2012 yang lalu. ----- MediaSPA

Aktiviti1