Mac 2013 - Aktiviti 1

  • Putrajaya S.P.A FC Tewaskan Pos Malaysia

    SHAH ALAM 2 Mac ----- Pasukan Bola Sepak Putrajaya S.P.A FC menang setelah menewaskan pasukan Pos Malaysia FC 1-0 dalam saingan Liga Perdana 2013 yang berlangsung di Stadium UiTM Shah Alam petang semalam. Jaringan Putrajaya S.P.A FC diperoleh melalui pemain Farizal Rozali pada minit ke-90. Putrajaya S.P.A FC yang bermain di stadium sama minggu lepas telah mendapat beberapa peluang untuk menjaringkan bola juga pada separuh masa kedua, namun Pos Malaysia FC dapat mengekang kemaraan pemain-pemain S.P.A yang diketuai kapten Sazali Suwandi. Perlawanan ke-10 minggu hadapan Putrajaya S.P.A FC akan bertemu dengan pasukan PDRM di Stadium Hang Tuah Melaka ----- MediaSPA

Aktiviti1