Mac 2019 - Aktiviti 11

  • Program Bario Public Service Outreach di Pusat Internet Bario, Miri

    Bario, Miri ----- 25 Mac 2019 ( Isnin ) SPA Malaysia Cawangan Sarawak telah hadir ke Program Bario Public Service Outreach di Pusat Internet Bario, Miri anjuran Pejabat YB Dato Gerawat Gala (Timbalan Speaker DUN Sarawak merangkap ADUN Mulu). Objektif Program ini adalah untuk memberi perkhidmatan ke kawasan luar Bandar dan mengeratkan hubungan Agensi dengan komuniti setempat serta merasai sendiri bagaimana corak kehidupan di luar bandar. Perjalanan melalui darat dari Bandaraya Miri ke Bario mengambil masa lebih kurang 13 Jam. Manakala melalui udara adalah 45 minit. Pelbagai aturcara telah dilaksanakan antaranya adalah Taklimat kerjaya dan tips temuduga yang disampaikan oleh Encik Matthew Anak Dominic Barin (SUB SK).Selain itu, SPA Malaysia Cawangan Sarawak juga membuka booth pameran bagi memudahkan Pegawai SPA berinteraksi serta memberi khidmat nasihat mengenai kerjaya dalam perkhidmatan Awam Persekutuan kepada pengunjung yang hadir iaitu lebih kurang seramai 50 orang.Pihak SPA Malaysia Cawangan Sarawak juga mengadakan aktiviti berinteraksi dengan penduduk Kampung di sekitar Bario untuk menyampaikan maklumat dan tatacara memohon Perjawatan dalam SPA Malaysia.Turut hadir ke program berkenaan adalah YB Dato Gerawat Gala dan Mr.Robertson Bala ( Penghulu Bario ).Pegawai SPA yang terlibat dalam program ini adalah Encik Siw Woo Kiiong ( Unit PG ), Cik Fiona George Surang, Encik Doni Sahari dan Encik Azzrie Yusuffi ( Unit PN ) serta PSH dari Pusat Temuduga Miri.

Aktiviti11_1

 

Aktiviti11_2

 

Aktiviti11_3

 

Aktiviti11_4

Â