Ogos 2012 - Aktiviti 1

  • Taklimat dan Pameran Kerjaya di Pertubuhan Gabungan Cina Malaysia (Hua Zong)

    KUALA LUMPUR 6 Ogos ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Program Taklimat dan Pameran Kerjaya bersama Pertubuhan Gabungan Cina Malaysia (Hua Zong) di Kuala Lumpur, semalam (Ahad). Program yang diadakan selama sehari itu turut dihadiri oleh Ahli Suruhanjaya, Encik Boon Joh Lin, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia, Setiausaha Bahagian Perkhidmatan Cik Chan Hong Jin dan pegawai-pegawai SPA. Hadir sama Presiden Pertubuhan Gabungan Cina Malaysia (Hua Zong), YBhg. Tan Sri Pheng Yin Huah. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah taklimat kerjaya oleh Puan Lim Irene, Penolong Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas, Encik Boon Jon Lin, Ahli Suruhanjaya dan juga wakil daripada Jabatan Tenaga Kerja serta Jabatan Kastam. Program Taklimat dan Pameran Kerjaya yang dihadiri oleh lebih daripada 200 calon berketurunan Cina juga boleh mendaftar permohonan jawatan secara online, menyemak status terkini permohonan dan mendapatkan khidmat nasihat daripada Bahagian Pengambilan, Bahagian Pengambilan Khas dan Bahagian Peperiksaan. Program kerjaya yang bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 3.00 petang itu juga telah mendapat liputan meluas daripada pihak Media Massa.----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1