Ogos 2013 - Aktiviti 11

  • Sesi Menghadap DYMM Sultan Terengganu

    KUALA TERENGGANU 27 Ogos ----- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Terengganu Darul Iman telah berkenan menerima menghadap delegasi S.P.A yang diketuai oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Pengerusi S.P.A bertempat di Istana Syarqiyyah Chendering. Turut bersama Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato' R. Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya dan Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari. Sesi menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu ini adalah sempena program rasmi S.P.A yang sedang berlangsung di Kuala Terengganu iaitu Mesyuarat Suruhanjaya, Retreat Suruhanjaya, Mesyuarat Bersama Pengerusi-Pengerusi Dan Setiausaha-Setiausaha S.P.A Negeri, Seminar S.P.A Outreach, Sesi Interaksi dan Karnival Kerjaya S.P.A. ----- MediaSPA

Aktiviti11

 

Aktiviti11

 

Aktiviti11