Ogos 2013 - Aktiviti 12

  • Seminar S.P.A Outreach Peringkat Negeri Terengganu

    KUALA TERENGGANU 27 Ogos ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam petang ini telah merasmikan Seminar Outreach, Pengenalan S.P.A dan Perkhidmatan Awam kepada guru-guru kaunseling peringkat Negeri Terengganu. Majlis yang diadakan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dihadiri seramai 350 peserta yang terdiri dari guru-guru dari seluruh negeri Terengganu. Turut hadir Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari. Antara ucapan yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam tadi adalah mengenai Transformasi yang sedang dilakukan oleh S.P.A. Beliau juga meminta supaya guru-guru memberi penerangan serba sedikit kepada murid-murid mengenai Perkhidmatan Awam. Tan Sri Mahmood juga turut mengumumkan satu seminar S.P.A Outreach yang bersekala besar akan diadakan di Putrajaya pada penghujung tahun ini ----- MediaSPA

Aktiviti12

 

Aktiviti12

 

Aktiviti12

 

Aktiviti12