Oktober 2014 - Aktiviti 27

  • S.P.A Raih Anugerah Pasukan Terbaik Dan Razif Latif Terima Anugerah Olahragawan JPM 2014

    SERDANG 29 Okt ----- Suruhanjaya Perkhdmatan Awam (S.P.A) menggondol dua (2) anugerah kecemerlangan dalam kategori Anugerah Pasukan Terbaik JPM 2014 melalui pasukan badminton sempena Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) tahun 2014 yang berlangsung di Dewan Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) sebentar tadi. Razif Md Latif (Bahagian Pengurusan S.P.A) dinobat penerima Anugerah Olahragawan JPM tahun 2014 dengan menewaskan pencabar dari JAKIM,APMM dan JPA. Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin. Sementara itu Ai’shah Husin (Pengurusan Maklumat)dan Masrom Haji Nasib (Bahagian Pengurusan) menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC). Pingat Perkhidmatan Cemerlang merupakan pingat bagi pegawai perkhidmatan awam yang menunjukkan kecemerlangan luar biasa dalam tugas yang diamanahkan serta aktif dalam penglibatan dan sumbangan di luar tugas rasmi termasuk aktiviti kesukarelaan, kemasyarakatan, sukan dan sebagainya. Sebanyak lima (5) anugerah dipertandingkan iaitu Anugerah Inovasi JPM, KIK, Anugerah Pengurusan, Anugerah Pencapaian Sukan dan Sosial dan Pingat Perkhidmatan Cemerlang yang melibatkan kerjaama secara NBOS daripada 41 Jabatan/Agensi JPM. ----- MediaSPA.

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1