September 2015 - Aktiviti 18

  • BERITA RINGKAS 23 Sept ----- "Terima kasih semua warga S.P.A" --- Puan Lim Mooi Eia

    PUTRAJAYA 22 Sept ----- “Terima kasih semua warga S.P.A” itulah kata-kata akhir Puan Lim Mooi Eia sebagai Setiausaha S.P.A yang bersara wajib sebagai penjawat awam pada hari ini. Beliau berkata demikian dalam ucapan balas dihadapan warga S.P.A pada perhimpunan bulanan di Putrajaya petang semalam. Turut hadir Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak, Ahli-Ahli Suruhanjaya serta warga S.P.A. Terdahulu dalam ucapan aluan, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak yang mewakili kerajaan mengucapkan terima kasih atas sumbangan Puan Lim Mooi Eia yang turut membawa pelbagai kejayaan melalui Transformasi S.P.A antaranya pelaksanaan peperiksaan on line. Di majlis itu juga Pengerusi S.P.A turut melancarkan aplikasi mobile yang dipanggil myS.P.A yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat lebih pantas terutama pelanggan S.P.A, antaranya keputusan temu duga dan sebagainya. ----- MediaSPA

Aktiviti18_1

 

Aktiviti18_2

 

Aktiviti18_3

 

Aktiviti18_4

 

Aktiviti18_5

 

Aktiviti18_6

 

Aktiviti18_7

 

Aktiviti18_8

 

Aktiviti18_9

 

Aktiviti18_10