SPM
 PERINGATAN
Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut:
- lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
- lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
- memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
Nota :
Syarat-syarat di atas dikecualikan kepada bekas anggota polis atau tentera yang SEKURANG-KURANGNYA berpangkat Koperal dan ke atas yang memohon jawatan tersebut:
- Pembantu Keselamatan Gred KP19
- Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19
- Pembantu Kesatria Gred S19
- Pembantu Penguatkuasa Gred N19