Chief Digital Officer (CDO)
Article available only in Malay language.
Peranan dan tanggungjawab CDO
- Membaca, memahami dan mematuhi Dasar Keselamatan ICT;
- Bertanggungjawab kepada Setiausaha SPA dalam melaksanakan tugas-tugas yang melibatkan keselamatan ICT;
- Memastikan kawalan keselamatan maklumat dalam organisasi diseragam dan diselaraskan dengan sebaiknya;
- Menentukan keperluan keselamatan ICT;
- Memastikan dan menyelaras pelaksanaan pelan latihan dan program kesedaran mengenai keselamatan ICT;
- Mewujudkan garis panduan, prosedur dan tatacara selaras dengan keperluan Dasar Keselamatan ICT SPA;
- Memastikan dan melaksanakan program-program kesedaran mengenai keselamatan ICT;
- Menyelia dan memantau perlaksanaan Dasar Keselamatan ICT di peringkat negeri; dan
- Memperakui proses pengambilan tindakan tatatertib ke atas pengguna yang melanggar Dasar Keselamatan ICT SPA.