Permohonan Jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41/Pegawai Pergigian Gred U41/Pegawai Farmasi Gred U41

Semua graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi dari universiti tempatan dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan boleh memohon jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41, Pegawai Pergigian Gred U41 dan Pegawai Farmasi Gred U41.

 

Calon – calon perlu melengkapkan permohonan melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).

 

Pihak SPA akan menghubungi calon – calon melalui emel untuk memaklumkan mengenai penjadualan temu duga. Calon – calon juga boleh membuat semakan di Portal SPA dari semasa ke semasa.

 

Calon perlu membawa bersama resume bergambar serta dokumen asal dan salinan seperti berikut:
• Sijil Kelahiran;
• Kad Pengenalan;
• Sijil SPM;
• Transkrip dan skrol ijazah;
• Sijil Pendaftaran dengan Badan Profesional; dan
• Surat tawaran biasiswa (jika berkaitan)

 

Calon – calon yang berjaya temu duga akan dimaklumkan di Portal SPA dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh akhir temu duga. Surat tawaran akan dikemukakan kepada calon melalui pos.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai di Bahagian Pengambilan melalui Direktori Emel/Telefon