Accessibility Tools

Skip to main content

Koleksi Audio

Koleksi Audio

  • Lagu Tekad Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

    Dengan semangat merdeka
    Tertubuhnya Suruhanjaya
    Perkhidmatan Awam Malaysia
    Satu badan yang penuh berwibawa

    Bebas adil & berkesan
    Asas segala urusannya
    Melaksanakan fungsi perlembagaan
    Mencorak perkhidmatan awam Negara

    Kualiti menjadi teras perkhidmatan
    Mudah cepat tepat asas tindakan
    Nilai etika murni diamalkan
    Mendokong perkhidmatan cemerlang

    Sentiasa bertekad & berusaha
    Menempuh arus kemajuan
    Berbekal semangat yang waja
    Bergerak mencapai wawasan

    Lagu oleh:
    Abdul Rahman bin Jaafar dan
    Allahyarham Alias bin Jamsuri

    Lirik oleh:
    Tuan Haji Zolkiflie bin Rasip

  • Lagu ISO : Satu Aspirasi

    Terlakar satu semangat
    Menuju selangkah bersama…ke satu matlamat…bermulalah
    Penuhi janji harapan
    Tingkatkan kerja....berusaha…menuju impian…disinilah

    ISO kini penentu kualiti
    Satu SPA penuh aspirasi
    Khidmat dipuji
    Satu visi dan misi...berusahalah...
    Janji yang pasti.....jadi realiti

    Berteras satu wawasan
    Berganding bahu...meneruskan impian satu.....bersamalah
    Penuhi janji harapan....tingkatkan kerja berusaha...menuju impian...disinilah.....

    ISO kini penentu kualiti
    Satu SPA penuh aspirasi
    Khidmat dipuji
    Satu visi dan misi...berusahalah...
    Janji yang pasti......

    ISO kini penentu kualiti
    Satu SPA penuh aspirasi
    Khidmat dipuji
    Satu visi dan misi...berusahalah...
    Janji yang pasti.....jadi realiti

    Lagu oleh:
    Puan Aziana binti Abdullah
    (Bahagian Pengambilan Khas, SPA)

    Lirik oleh:
    Encik Kamarul Arriffin bin Abu Yahma
    (Bahagian Pengambilan Khas, SPA)

    Penyanyi oleh:
    Puan Aziana binti Abdullah
    (Bahagian Pengambilan Khas, SPA)

  • Lagu Perkhidmatan Awam

    Kita memegang amanah bangsa
    Kita juga telah berikrar
    Taat setia korban tenaga
    Bela bangsa dan negara

    Etika kerja kita amalkan
    Tekun jujur dan berbudaya
    Gandakan hasil dan pembangunan
    Berkhidmat bakti berjasa

    Agama asas pegangan
    Perlembagaan negara dijulang
    Rukun negara jadi pedoman
    Kitalah benteng Malaysia

  • Lagu Malaysiaku Gemilang

    Marilah kita semua
    Atas nama negara bangsa
    Dengan Tekad mulia
    Maju berwawasan
    Mencipta keagungan

    Berpadulah kita semua
    Di dalam satu suara
    Dengan degupan Merdeka
    Menjulang budaya bangsa
    Untuk Malaysia tercinta

    Malaysiaku gemilang
    Merdekanya terbilang
    Berdaulat dan makmur
    Berjaya kami syukur

    Malaysia, kebebasan kedamaian
    Malaysia, kebahagiaan kebanggaan
    Malaysia, cemerlang terbilang
    Malaysiaku gagah gemilang

    Lagu oleh:
    Nik Nizam Jaafar - Istana Budaya

    Lirik oleh:
    Rais Yatim & Hairul Anuar Harun

    Penyanyi oleh:
    Roy

  • Lagu Malaysia Prihatin

    Kedamaian milik kita bersama
    Amanah bangsa junjung selamanya

    Abadikanlah jiwa dan ragamu Teguh sinar cahaya satukan jiwa

    Semarakkan api cinta di hati
    Pada setiap insan kita gapaikan

    Agar gemilang mekar di persada
    Satu langkah satu hati untukmu pertiwi

    Di mana bumi dipijak
    Di situ langit dijunjung
    Kita gunungkan semangat sejiwa

    Walau di mana saja berada
    Makmurnya seiringan
    Agar teguh tulus ikhlas dizahirkan

    Malaysia Prihatin selamanya
    Negara bangsa diutamakan
    Khidmat diberi dengan penuh rela

    Tanah air yang tercinta
    Namamu harum di puncak dunia

    Payung mahkota teras pertiwi
    Di persada nan gemilang.

Continue reading

Sertai Kami !!!