Skip to main content

Kursus Pool Of Interviewers (Poi) 2.0 “Melahirkan Penemu Duga Kompeten” Tahun 2026

  • Dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah membuka penyertaan kepada pegawai untuk mengikuti Kursus Pool of Interviewers (POI) 2.0 “Melahirkan Penemu Duga Kompeten” Tahun 2026. Kursus POI 2.0 tahun ini menggariskan syarat tapisan kepada perserta-peserta seperti yang berikut:

     

                      a)            Pegawai lantikan SPA Gred 9 dan ke atas;

                      b)            Tempoh perkhidmatan minimum lima (5) tahun;

                      c)            Markah LNPT/MyPerformance minimum 85% untuk tahun yang terkini;

                      d)            Bebas daripada sebarang pertuduhan atau hukuman tatatertib/ dakwaan mahkamah;

                      e)            Pengisytiharan ketiadaan kepentingan/pegangan jawatan dalam organisasi/ syarikat yang berkaitan dengan urusan temu duga di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) (Borang Lampiran A-POI 2.0);

                       f)            Tidak pernah menghadiri Kursus POI anjuran SPA;dan

                      g)            Mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan.

     

    📌 Peringatan Penting:

    Para peserta adalah diwajibkan untuk menduduki Ujian Penilaian Psikometrik terlebih dahulu (tarikh ujian penilaian akan dimaklumkan kelak) sebelum menghadiri kursus POI 2.0. Maka, pegawai yang berjaya melepasi Ujian Psikometrik sahaja akan menerima undangan untuk menghadiri kursus ini.

    Sehubungan itu, kerjasama dan perhatian tuan/puan adalah dimohon untuk melengkapkan butiran maklumat yang dimohon untuk tapisan ujian psikometrik selewat-lewatnya pada 23 Ogos 2026 (Ahad) melalui pautan seperti yang berikut:

    https://forms.gle/fBtkqGnobKKMgy5U9

     

    📞 Sebarang pertanyaan:

    📧 Encik Azuandi: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | ️ 03-8091 9275

    📧 Puan Hawa: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | ️ 03-8091 9282

    📧 Encik Imran: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | ️ 03-8091 9434

     

    Sekian, terima kasih.

    #SPA #POI2.0 #2026 #Melahirkanpenemudugakompeten #MalaysiaMADANI