Diploma/STPM/STAM/HSC
Pegawai Lain-lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim Gred T4
| KLASIFIKASI PERKHIDMATAN | : | Penguatkuasaan Maritim | |
| KUMPULAN PERKHIDMATAN | : | Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu) | |
| KEMENTERIAN/JABATAN | : | Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia | |
| SYARAT LANTIKAN | : | 1. | Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
dan
|
| SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU | : | 2. | Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. |
| PENETAPAN GAJI PERMULAAN | : | 3. | Gaji permulaan yang lebih tinggi dari minimum boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan. |
| TEMPOH PERCUBAAN | : | 4. | Pegawai yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama satu (1) hingga tiga (3) tahun. |
| PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN | : | 5. | Bintara Muda Maritim Gred T4 dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya kursus Program Transformasi Minda dan mengikuti latihan selama tempoh yang ditentukan oleh Ketua Perkhidmatan dari semasa ke semasa. |
| GAGAL DALAM LATIHAN DAN PENAMATAN LANTIKAN | 6. | Bintara Muda Maritim Gred T4 lantikan terus yang gagal dalam latihannya boleh dipertimbangkan supaya tempoh latihannya dilanjutkan atau perakuan dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Melantik supaya perkhidmatannya ditamatkan. | |
| PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN | : | 7. | Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
|
| PERGERAKAN GAJI TAHUNAN | : | 8. | Pergerakan Gaji Tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan. |
| KEPERLUAN KOMPETENSI DAN POTENSI | : | 9. | Pegawai hendaklah memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan untuk kenaikan pangkat. |
| KENAIKAN PANGKAT KE PANGKAT BINTARA KANAN MARITIM GRED T5 |
: | 10. | Bintara Muda Maritim Gred T4 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Bintara Kanan Maritim Gred TS yang kosong apabila telah: (a) disahkan dalam perkhidmatan; (b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (c ) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan ; dan (d) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelakuannya untuk memegang jawatan yang lebih tinggi oleh Pegawai Memerintah. |
| KENAIKAN PANGKAT KE PANGKAT PEGAWAI WARAN II MARITIM GRED T6 |
: | 11. | Bintara Kanan Maritim Gred TS adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Pegawai Waran II Maritim Gred T6 yang kosong apabila telah: (a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (c ) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelakuannya untuk memegAng jawatan yang lcbih tinggi oleh Pegawai Memerintah |
| KENAIKAN PANGKAT KE PANGKAT PEGAWAI WARAN I MARJTIM GRED T7 |
: | 12. | Pegawai Waran II Maritim Gred T6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Pegawai Waran I Maritim Gred T7 yang kosong apabila telah: (a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (c ) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelakuannya untuk mcmegang jawatan yang lebih tinggi oleh Pegawai Memerintah. |
| PEPERIKSAAN KHAS | : | 13. | Pegawai Lain-lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim yang telah disahkan dalam perkhidmatannya dan telah lulus Peperiksaan Undang-undang Pertengahan boleh mengambil Peperiksaan Khas yang disyaratkan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke pangkat Leftenan Muda Maritim Gred T8. |
| SYARAT PENINGKATA N SECARA LANTIKAN KE PANGKAT LEFf ENAN MU DA MARITIM GRED T8 | : | 14. | Pegawai Lain-lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik untuk Peningkatan Secara Lantikan ke pangkat Leftenan Muda Maritim Gred T8 yang kosong dalam skim perkhidmatan Pegawai Penguat Kuasa Maritim mengikut syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan. |
| Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Penguat Kuasa Maritim yang berkuat kuasa pasa 1 Julai 2016 [Surat Pelaksanaan JPA.BPO(S)187/6/2-1 Jld.8 (50)]. | |||