Skip to main content

Latihan Separa Perubatan

LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA DAN BERTARAF SIJIL

Pengenalan

Calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM). Graduan Latihan Separa Perubatan berpeluang ditawarkan pelantikan tetap atau kontrak ke skim perkhidmatan yang berkaitan dalam Perkhidmatan Awam tertakluk kepada kekosongan jawatan semasa.

Sesi pengambilan Latihan Separa Perubatan diadakan sebanyak dua (2) kali setahun iaitu bagi kemasukan bulan April dan bulan Oktober. Terdapat dua (2) jenis Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan iaitu:

  • Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma (Tempoh Latihan: 3 Tahun); dan
  • Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil (Tempoh Latihan: 2 Tahun)

Catatan: sesi pengambilan bulan Januari dan bulan Julai telah dipinda kepada kepada sesi pengambilan bulan April dan bulan Oktober. Takwim terkini berkuat kuasa mulai pengambilan sesi
Oktober 2026.

  1. SYARAT KELAYAKAN UMUM
    1. Warganegara Malaysia;
    2. Pemohon hendaklah memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
    3. Pemohon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
    4. Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan akademik minimum pada peringkat SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya berdasarkan jenis Latihan Separa Perubatan yang dimohon.
      (Rujukan: Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia)

  2. SYARAT KELAYAKAN KHUSUS MENGIKUT KATEGORI PEMOHON
    1. merupakan Warganegara Malaysia;
    2. merupakan calon lepasan SPM; dan
    3. menepati syarat berdasarkan kategori calon seperti berikut:
      1. Kategori Lantikan Terus (selain Pegawai Peningkatan Secara Lantikan (PSL) dan Pegawai Sedang Berkhidmat (PSB) Tetap)
        • umur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada sesi pengajian semasa.
      2. Kategori Pegawai Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
        • umur tidak melebihi 55 tahun pada sesi pengajian semasa;
        • berkhidmat secara tetap (bukan lantikan kontrak (interim) atau lantikan kontrak (Contract of Service-COS));
        • disahkan dalam skim perkhidmatan semasa;
        • serta telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama enam (6) tahun (dari tarikh lantikan); dan
        • memperoleh markah purata penilaian prestasi tahunan sekurang-kurangnya 85% bagi tempoh genap tiga tahun (36 bulan) kalendar terkini, secara berturut-turut tanpa Cuti Tanpa Gaji (CTG).
      3. Kategori Pegawai Sedang Berkhidmat (PSB) (selain PSL)
        • umur tidak melebihi 45 tahun pada sesi pengajian semasa;
        • berkhidmat secara tetap (bukan lantikan kontrak (interim) atau lantikan kontrak (Contract of Service-COS));
        • disahkan dalam skim perkhidmatan semasa;
        • serta telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama enam (6) tahun (dari tarikh lantikan); dan
        • memperoleh markah purata penilaian prestasi tahunan sekurang-kurangnya 85% bagi tempoh genap tiga tahun (36 bulan) kalendar terkini, secara berturut-turut tanpa CTG.

      DAN

    4. memiliki KEPUJIAN (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SPM(V) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Rujukan: Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia)

  1. SENARAI LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF SIJIL
    Berikut merupakan senarai dua (2) jenis Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil yang ditawarkan:

(Rujukan: Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia)

FAQ

1. Berapa kali sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan?

Sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan dilaksanakan dua (2) kali setahun iaitu bagi sesi kemasukan Januari dan Julai tertakluk kepada sebarang perubahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

2. Saya telah mendapat tawaran Latihan Separa Perubatan. Di manakah tempat saya menjalani Latihan Separa Perubatan?

Pelatih separa perubatan akan menjalani Latihan Separa Perubatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Terdapat sembilan belas (19) ILKKM di seluruh Semenanjung Malaysia, tiga (3) di negeri Sabah dan tiga (3) di negeri Sarawak.

3. Berapa lamakah tempoh Latihan Separa Perubatan?

a. Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil - 2 tahun
b. Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma - 3 tahun dan setahun bagi Jururawat PSL.

4. Saya merupakan pegawai sedang berkhidmat. Bolehkah saya memohon Latihan Separa Perubatan?

Boleh memohon tertakluk memenuhi Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas bagi Latihan Separa Perubatan.

6. Saya memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda. Adakah saya layak memohon Latihan Separa Perubatan?

Tidak layak kerana dasar ‘One Step Lower’ menetapkan kelayakan akademik tertinggi bagi pemohon Latihan Separa Perubatan adalah sehingga Diploma/setaraf (pautan ke Pendaftaran Pekerjaan SPA9)

7. Apakah syarat untuk memohon Latihan Separa Perubatan?

Sila rujuk kepada Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas bagi Latihan Separa Perubatan mengenai syarat-syarat permohonan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.