Skip to main content

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Latihan Jururawat

Taraf Latihan :

Diploma

Calon yang telah memiliki Diploma Kejururawatan dan berdaftar sebagai Jururawat Berdaftar di Lembaga Jururawat Malaysia tidak layak memohon ke Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma Jururawat di ILKKM.

Sesi Pengambilan :

April dan Oktober setiap tahun

Catatan: sesi pengambilan bulan Januari dan bulan Julai telah dipinda kepada kepada sesi pengambilan bulan April dan bulan Oktober. Takwim terkini berkuat kuasa mulai pengambilan sesi Oktober 2026.

Tempoh Latihan :
  1. Tiga (3) tahun bagi calon Lantikan Terus
  2. Satu (1) tahun bagi calon PSL daripada Jururawat Masyarakat
Tempat Latihan :
  1. Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah
  2. Institut Latihan KKM Alor Setar (Kejururawatan)
  3. Institut Latihan KKM Bertam (Kejururawatan)
  4. Institut Latihan KKM Kuala Pilah (Kejururawatan)
  5. Institut Latihan KKM Sandakan (Kejururawatan)
  6. Institut Latihan KKM Johor Bahru
  7. Institut Latihan KKM Kubang Kerian (Kejururawatan)
  8. Institut Latihan KKM Kuching
  9. Institut Latihan KKM Kota Kinabalu
  10. Institut Latihan KKM Sungai Buloh
  11. Institut Latihan KKM Batu Pahat (Kejururawatan)
  12. Institut Latihan KKM Sibu (Kejururawatan)
  13. Institut Latihan KKM Kangar (Kejururawatan)
  14. Institut Latihan KKM Tawau (Kejururawatan)
Syarat Minimum Kelayakan Akademik bagi Calon yang berkelulusan SPM sahaja :

    Calon berkelulusan SPM sahaja.

    1. Sekurang-kurangnya Kepujian (6C) dalam lima (5) subjek iaitu:
      • Bahasa Melayu;
      • Matematik/Matematik Tambahan;
      • Sains/Kimia/Fizik/Biologi;
      • dua (2) subjek lain; dan
    2. Lulus (7D) dalam subjek Bahasa Inggeris.
Syarat Minimum Kelayakan Akademik Pada Peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) :

    Calon berkelulusan STAM bersama-sama SPM

    1. Lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran pada peringkat Maqbul dalam satu peperiksaan dengan kombinasi mata pelajaran berikut:
      1. dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin;
      2. satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin;
      3. satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin;
      4. dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah;
      5. dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin;
      6. dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin;
      7. tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah;
      8. tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin;
      9. satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
      10. satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin.

      DAN

    2. Wajib memiliki sekurang-kurangnya Kepujian (6C) dalam tiga (3) subjek di peringkat SPM iaitu:
      • Bahasa Melayu;
      • Matematik/Matematik Tambahan; dan
      • Sains/Kimia/Fizik/Biologi.
Syarat permohonan bagi calon PSL dari Jururawat Masyarakat :

Mesyuarat Lembaga Jururawat Malaysia LJM ke 146 Bil.3/2024 yangbersidang pada 28 November 2024 telah memutuskan untuk mengecualikan syarat lulus SPM sebagai syarat kelayakan akademik minimum untuk mengikuti Diploma Kejururawatan bagi calon PSL dari Jururawat Masyarakat di lnstitut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM).

Panduan Pendaftaran Di Dalam SPA9 :
  1. Pemohon hendaklah memastikan hanya keputusan SPM yang sah didaftarkan di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SPM”. Keputusan SPM yang sah adalah sijil rasmi SPM yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan bukan slip keputusan peperiksaan percubaan SPM atau slip keputusan SPM.
  2. Pemohon yang berminat boleh mendaftarkan Latihan Jururawat di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Jawatan Dimohon” -> “Latihan Separa Perubatan” -> pilih jenis Latihan Separa Perubatan yang berkenaan dan klik butang Tambah.
  3. Pemohon PSB dan PSL hendaklah memastikan maklumat sedang berkhidmat didaftarkan dengan lengkap dan teratur di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat”.

Rujukan: Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia