Pelanjutan Tempoh Percubaan

Perakuan permohonan Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam apabila pegawai gagal untuk disahkan dalam perkhidmatan sebaik sahaja tamat tempoh percubaan asalnya.

 

Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan kepada Suruhanjaya adalah seperti di pautan https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/bahagian-sumber-manusia/senarai-semak-urusan-perkhidmatan.

 

Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh diluluskan oleh Suruhanjaya seperti berikut:

  1. PTM atau peperiksaan tidak diadakan atau di luar kawalan pegawai – Satu tahun ke satu tahun tanpa denda;
  2. Gagal peperiksaan/ PTM – Satu tahun denda dan satu tahun denda dengan amaran (Kali Terakhir) sebelum ditamatkan Perkhidmatan; dan
  3. Tidak mendapat perakuan Ketua Jabatan – Satu tahun denda dengan amaran (Kali Terakhir) sebelum ditamatkan Perkhidmatan sekiranya tidak diperakukan sehingga tamat tempoh pelanjutan.

 

Hits: 3529