Disember 2019 - Aktiviti 4
- BERITA RINGKAS 9 Dis ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) ke - 143
PUTRAJAYA 6 Disember ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan mesyuarat yang ke-143 di Putrajaya pada Jumaat. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi SPKP, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman yang turut dihadiri Ahli-Ahli SPKP iaitu Peguam Negara, YAA Presiden Mahkamah Rayuan, YA Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Hakim Mahkamah Rayuan dan Setiausaha SPKP, Datuk Zohari Said. Hadir sama Peguam Cara Negara, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pemangkuan, kenaikan pangkat, tatatertib dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan----- MediaSPA
![Aktiviti4_1](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2019/Disember/Aktiviti4_1.jpg)
![Aktiviti4_2](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2019/Disember/Aktiviti4_2.jpg)
![Aktiviti4_3](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2019/Disember/Aktiviti4_3.jpg)
![Aktiviti4_4](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2019/Disember/Aktiviti4_4.jpg)
![Aktiviti4_5](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2019/Disember/Aktiviti4_5.jpg)
![Aktiviti4_6](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2019/Disember/Aktiviti4_6.jpg)