September 2019 - Aktiviti 3
- BERITA RINGKAS 30 Sept ----- Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) Ke- 142
PUTRAJAYA 27 September ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan mesyuarat yang ke-142 di Putrajaya pada Jumaat. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi SPKP, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman yang turut dihadiri Ahli-Ahli SPKP iaitu Peguam Negara, YAA Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Hakim Besar Malaya, YA Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan dan Setiausaha SPKP, Encik Zohari Said. Hadir sama Peguam Cara Negara, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pemangkuan, kenaikan pangkat, surcaj dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan----- MediaSPA
![Aktiviti2_1](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2019/September/Aktiviti3_1.jpg)
![Aktiviti2_2](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2019/September/Aktiviti3_2.jpg)
![Aktiviti2_3](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2019/September/Aktiviti3_3.jpg)
![Aktiviti2_3](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2019/September/Aktiviti3_4.jpg)
![Aktiviti2_3](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2019/September/Aktiviti3_5.jpg)
![Aktiviti2_3](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2019/September/Aktiviti3_6.jpg)
![Aktiviti2_3](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2019/September/Aktiviti3_7.jpg)