September 2020 - Aktiviti 5
- BERITA RINGKAS 7 September ----- Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) ke- 145
PUTRAJAYA 4 September ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan mesyuarat yang ke-145 di Putrajaya pada Jumaat. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi SPKP, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman yang turut dihadiri Ahli-Ahli SPKP iaitu Peguam Negara, YAA Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Hakim Besar Malaya, YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak, YA Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan dan Setiausaha SPKP, Datuk Zohari Said. Hadir sama Peguam Cara Negara, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan pegawai-pegawai Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pelantikan, pemangkuan, tatatertib dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan ----- Media SPA
![Aktiviti5_1](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2020/September/Aktiviti5_1.jpg)
![Aktiviti5_2](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2020/September/Aktiviti5_2.jpg)
![Aktiviti5_3](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2020/September/Aktiviti5_3.jpg)
![Aktiviti5_4](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2020/September/Aktiviti5_4.jpg)
![Aktiviti5_5](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2020/September/Aktiviti5_5.jpg)
![Aktiviti5_6](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2020/September/Aktiviti5_6.jpg)